PROGRAM Pertandingan Baca Cepat
OUTPUT:
Memupuk minat murid untuk membaca dengan lebih
yakin
KPI:
Murid dapat membaca dengan intonasi dan sebutan
yang betul
PELAN KONTIGENSI:
Guru mengedarkan bahan bacaan yang sesuai dengan
kemahiran murid dan murid baca tanpa eja.
REFLEKSI
Program ini sangat digemari oleh murid kerana ia dapat menonjolkan bakat murid
kepada rakan-rakan. Secara tidak
langsung, murid yang tidak dapat baca lancar akan berusaha untuk bersaing
dengan rakan-rakan.
Sepanjang perjalanan program ini dijalankan, cabaran yang dihadapi oleh saya iaitu murid Tahun 2A bernama Mohd Ridhwan, ini kerana murid tidak menguasai huruf a-z dan sering lupa apa yang dipelajari. Selama 4 bulan diajar a-z, akhirnya murid berjaya mengenal a-z namun kadang-kadang ada kesilapan dibuat olehnya. Cabaran kedua mengajar suku kata KV+KV ialah Ridhwan tidak ingat dan tidak dapat membatang KV awalan.
Setiap hari saya mencuba kaedah yang sesuai, akhirnya saya telah mendapat idea dan kaedah mudah untuk murid cepat baca KV +KV iaitu melukis gambar kucing sebanyak 2 ekor. Setiap kucing akan diberi nama ro (KV) dan ti (KV), murid diminta eja nama kucing di dalam hati. Guru minta murid panggil nama kucing sehingga lancar. Akhirnya murid telah kuasai KV+KV dengan cepat dan mudah. Berikut adalah contoh kaedah yang diguna.

RO |
TI |
Murid akan sebut nama kucing pertama dan kedua sehingga ingat. Aktiviti menulis akan menjadi lancar . Kaedah ini diteruskan lagi bagi kemahiran KV+KV+KV.